Monday, December 17, 2012

Kita pengembara..

Kita pengembara...musafir berkelana
melayari arus kehidupan...mencari redha Tuhan
andai hanya berkolek dan bersampan
terasing terpisah dek berbeza fikrah
mana mampu badai gelora ditawan
mana mungkin arus gelombang ditundukkan

Andai mahu menghadapi ganasnya samudera
bahtera perlu gagah perlu perkasa
anak-anak kapal perlu sehati sejiwa
saling bekerjasama mengemudi bahtera
kerana sesungguhnya...kita ini bersaudara
menyembah Tuhan yang Esa
mengadap qiblat yang sama

Kita insan sering alpa tiada sempurna
lalu...kejutkan saudara dari terus dibuai lena
berganding bahu... kita perbaiki apa yang ada
berkasih sayang...saling ingat memperingatkan
saling berpesan...dengan kebenaran dan kesabaran
di depan sana...ada sinar kemilau penunjuk jalan
bersama beriringan ke satu arah matlamat tujuan

Mungkin masanya telah sampai kini
untuk kita saling bersatu hati
saling memahami saling bertoleransi
kembara duniawi yang cuma seketika ini
akan lebih memberi makna dan erti
andai REDHA RABBI YANG KITA CARI..

Wednesday, November 28, 2012

.::Posmen Ke Syurga::.: Tuhan Jagakan Dia

.::Posmen Ke Syurga::.: Tuhan Jagakan Dia: Untuk : Kekasih hati Walau dimana kau berada. Aku berharap tuhan sentiasa melindungi kau dan menjaga kau daripada segala anasir jahat d...

Friday, November 16, 2012

Langkah ini..

Sedetik itu saat ini berlari..
minda seperti berkata.."apakah ini jalan kita"
langkah ini terus disusun menbina leraian-leraian
yang dibentuk dari untaian keakraban.

Saat itu..hati seperti berbisik pada jiwa..tenanglah
kerana destinasi ini berbeza walaupun langkah ini sekata..
saat itu langkah ini terus membuai minda melayan karenah jiwa..

kita bukan pelengkap  pada carta kerana kita insan yang sering lupa
pada janji pada kata...tapi kita akan teruskan langkah ini..
biar didepan itu seribu satu ujian dan cabaran yang melanda
kita ini insan yang setia pada sebuah kata yang menceraikan ianya
menjadi sebutir permata yang berharga..
Langkah ini...